As salam dengan kerendahan hati ini.. aku ingin mencoret isi hati serba sedikit..ntah kenape mood aku ok tp aku rasa cam cepat je nk melenting atau nk rasa marah dan nak terasa hati..hmm..pelik..tiba2 ada sorang kwn fb share 1 blog ..status dia kata #sedih# aku pn start membaca dgn penuh minat..
sebaris ke baris ke dua..perenggan pertama ke perenggan kedua..dan seterusnya..dan tidak kutahan lagi..airmata ku berjujuran hingga aku terisak2..helai 4 atau 5 aku mengambil tisu utk mengelap airmata kejujuran ku ini..
perkara pertama aku teringat..ank2 aku..Ya Allah mohon lindungi ank aku ditempat pengasuh.. tiba2 aku menjiwai watak dlm blog tersebut..bercurah2 lg airmata ini..kisah seorang ibu muda mgkn sebaya dgn aku..kehilangan 2 ank lelaki dlm masa hanya 6 bulan..bersilih ganti kehilangan si abg dan si adik..cerita itu bagaimana si adik begitu rindukan abg nya..cerita bagaimana si ibu cuba utk cekal hati..sesungguhnya ibu itu sgt2 kuat semangat..tidak pada aku ini..
makin laju aku airmata ini bila aku kenangkan aku kehilangan 3 janin yg dahulu akibat keguguran..lg2 sensitif menghantui jiwa ku..
doa ku pd si ibu agar redha dan pasrah atas ketentuan Illahi.. aku amat memahami perasaannya..walaupn aku tidak mengalami ujian sehebat beliau..
jesteru hari ini merupakan hari sedih..ok dekat pukul 1 tghr..jap lg dh nk masuk waktu solat.. kirim doa pada yang tiada ..semoga roh mereka aman dan tenang bahagia di sana.. al fatihah..
Rabu, 13 November 2013
Isnin, 11 November 2013
HARI PUASA SUNAT DAN HARAM PUASA
Bersyukur telah 2 hari aku mulai berpuasa sunat sejak selepas keguguran lepas..kebetulan puasa asyura makin tiba dan minggu ini ank2 aku sedang menduduki exam tadika jer pun..hihi guna cik google td..nih copy paste dr blog org..mohon dishare..
Di antara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)
~ Seperti puasa selama setahun
2. Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.
3. Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah
~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya
4. Puasa pada bulan Muharram
~ Setiap sehari mendapat pahala 30 hari
5. Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram
6. Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram
~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu
~ Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari
selepas.
~ Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram)
7. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
8. Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban
~ Bulan diangkat amalan kepada Tuhan
9. Puasa pada hari Isnin dan Khamis.
10. Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15
11. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
~ Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut
dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka
~ Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya
hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada
segala dosa
Diantara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
- Puasa pada hari syak ~ 30 Sya’ban
- Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
- Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
- Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
- Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar)
Diantara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
- Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji
- Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
- Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
- Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)
Langgan:
Catatan (Atom)